NI KOMEN DARI ABD RAHIM.Saya post kan kat sini supaya lebih senang baca.
Pembahagian Tugas :
Dari amalan selepas saja Mesyuarat Agung Pemulaan/ Tahunan sesebuah koperasi berdaftar, ialah mengadakan Mesyuarat Anggota Lembaga. Meyuarat ini khusus untuk melantik Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan lain-lain anggota lembaga yang mengetuai Biro-Biro seperti pelaburan, perniagaan, kebajikan dan pelajaran. Koperasi tidak seperti Persatuan/ pertubuhan lain dimana ahlinya mempunyai kuasa melantik terus pengerusi/ setiausaha/ Bendahari dan lain-lain AJK. dalam Mesyuarat Agung. Anggota-anggota koperasi hanya diberi mandat hanya melantik Anggota Lembaga saja. Dan menjadi tanggungjawab Anggota Lembaga untuk mengadakan mesyuarat dikalangan mereka melantik pula siapa yang layak untuk jawatan Pengerusi/ Setiausaha/ Bendahari/ Biro-Biro/ JAD.Pembahagian tugas telah dinyatakan dengan jelas dalam perkara 46, 47, 48 dan 49 Undang-Undang Kecil Koperasi.Di sini dinyatakan secara ringkas saja perkara yang penting dan perlu di buat oleh sesebuah koperasi yang baru didaftarkan.Tugas setiausaha dan dibantu oleh ALK :
1. Sediakan Profil Koperasi
2. Mengemaskinikan Buku Daftar Anggota.
3. Menyediakan Borang Permohonan Anggota Baru
4. Menyediakan “Ruber Stamp”/ Letter Head
5. Sediakan 4 fail iaitu ; File undang-undang, File minit-minit mesyuarat ALK/ MAT. Fail Surat Masuk dan Fail Surat keluar.
Tugas bendahari dan dibantu oleh ALK :
1. Penyediaan dokumen-dokumen asas simpan kira.- Resit-resit - terimaan- Baucer - bayaran- Buku Tunai- Akaun Bank.- Kemaskinikan Buku Modal Syer Anggota- Merekodkan semua urusniaga dalam Buku Tunai dan Lejer-lejer.
Itu saja setakat ini.arbh Batu Pahat
Contoh Profail Koperasi
NAMA KOPERASI :
ALAMAT BERDAFTAR :
TARIKH DAFTAR :
N0. TELEFON :
PERINGKAT :KAWASAN OPERASI :
FUNGSI UTAMA :
AKTIVITI UTAMA :
STATUS KOPERASI :
TAHUN KEWANGAN :
JUMLAH ANGGOTA :
JUMLAH MODAL SYER :
JUMLAH ASET :Contoh Buku Daftar Anggota
TAJUK BUKU DAFTAR ANGGOTA
Bil N0
. Anggota Nama Anggota N0.
Kad Pengenalan
Alamat N0.
Telefon
Pekerjaan
Tarikh Menjadi Anggota
Tarikh Berhenti
TAJUK BUKU DAFTAR MODAL SYER ANGGOTA
No comments:
Post a Comment