Wednesday, October 14, 2009

KELULUSAN PENDAFTARAN KOPERASI




DAPAT FAX DARI CIKGU NORAZAM ABD KADIR HARI INI.

1 comment:

  1. Pembahagian Tugas :

    Dari amalan selepas saja Mesyuarat Agung Pemulaan/ Tahunan sesebuah koperasi berdaftar, ialah mengadakan Mesyuarat Anggota Lembaga. Meyuarat ini khusus untuk melantik Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan lain-lain anggota lembaga yang mengetuai Biro-Biro seperti pelaburan, perniagaan, kebajikan dan pelajaran. Koperasi tidak seperti Persatuan/ pertubuhan lain dimana ahlinya mempunyai kuasa melantik terus pengerusi/ setiausaha/ Bendahari dan lain-lain AJK. dalam Mesyuarat Agung. Anggota-anggota koperasi hanya diberi mandat hanya melantik Anggota Lembaga saja. Dan menjadi tanggunjawab Anggota Lembaga untuk mengadakan mesyurat dikalangan mereka melantik pula siapa yang layak untuk jawatan Pengerusi/ Setiausaha/ Bendahari/ Biro-Biro/ JAD.

    Pembahagian tugas telah dinyatakan dengan jelas dalam perkara 46, 47, 48 dan 49 Undang-Undang Kecil Koperasi.

    Di sini dinyatakan secara ringkas saja perkara yang penting dan perlu di buat oleh sesebuah koperasi yang baru didaftarkan.

    Tugas setiausaha dan dibantu oleh ALK :

    1. Sediakan Profil Koperasi
    2. Mengemaskinikan Buku Daftar Anggota.
    3. Menyediakan Borang Permohonan Anggota Baru
    4. Menyediakan “Ruber Stamp”/ Letter Head
    5. Sediakan 4 fail iaitu ; File undang-undang, File minit-minit mesyuarat ALK/ MAT. Fail Surat Masuk dan Fail Surat keluar.

    Tugas bendahari dan dibantu oleh ALK :

    1. Penyediaan dokumen-dokumen asas simpan kira.
    - Resit-resit - terimaan
    - Baucer - bayaran
    - Buku Tunai
    - Akaun Bank.
    - Kemaskinikan Buku Modal Syer Anggota
    - Merekodkan semua urusniaga dalam Buku Tunai dan Lejer-lejer.


    Itu saja setakat ini.

    arbh Batu Pahat





    Contoh Profail Koperasi

    NAMA KOPERASI :
    ALAMAT BERDAFTAR :
    TARIKH DAFTAR :
    N0. TELEFON :
    PERINGKAT :
    KAWASAN OPERASI :
    FUNGSI UTAMA :
    AKTIVITI UTAMA :
    STATUS KOPERASI :
    TAHUN KEWANGAN :
    JUMLAH ANGGOTA :
    JUMLAH MODAL SYER :
    JUMLAH ASET :

    Contoh Buku Daftar Anggota

    TAJUK BUKU DAFTAR ANGGOTA


    Bil
    N0. Anggota
    Nama Anggota
    N0. Kad Pengenalan
    Alamat
    N0. Telefon
    Pekerjaan
    Tarikh Menjadi Anggota
    Tarikh Berhenti




    TAJUK BUKU DAFTAR MODAL SYER ANGGOTA


    Bil
    N0. Anggota
    Nama Anggota
    Amaun
    (RM)
    catatan

    ReplyDelete