Balasungka utk Ayahanda Tersayang
Hj. Mohd.Yusof Bin Hj. Ismail
(1932-2010)
RIWAYAT HIDUP HJ. MOHD. YUSOF BIN HJ. ISMAIL ( 21/5/1932 - 18/03/2010)
I. KELUARGA
Ayahanda di lahirkan di Kg. Tebing Tinggi, Jementah, Segamat, Johor, sebuah perkampungan yang terletak tidak jauh dari pekan Jementah, Segamat pada 21/5/2010. Ayah beliau bernama Hj.Ismail Bin Abd. Latif dan bonda beliau bernama Hjh Rahmah bt Embong. .Beliau adalah putra sulung kepada pasangan tersebut yangmempunyai seramai 7 orang anak.
Mendapat Pendidikan Aliran Inggeris Di
Pada tahun 1958, Ayahanda berkahwin dengan Bonda tercinta Hjh. Hamidah bt. Mohd.Diah, Dari perkahwinan tersebut Ayahanda dan Bonda di kurniakan 7(tujuh) orang anak,. terdiri dari 4 (empat) laki-laki dan 3 (tiga)-perempuan,
iaitu:
1. Norizat bin Hj. Mohd. Yusof
2. Norbiha Bt. Hj. Mohd. Yusof
3. Nordin Bin Hj. Mohd. Yusof
4. Noraishah bt. Hj. Mohd. Yusof
5. Norazman bin Hj. Mohd. Yusof
6. Norhashimah bt. Hj. Mohd. Yusof
7. Norbazlan bin Hj. Mohd. Yusof
II. PENDIDIKAN /KERJAYA
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gemereh,Segamat, Ayahanda melanjutkan pendidikan ke High School Segamat dan menamatkan pengajian hingga ke peringkat Lower Certificate Education di High School Muar.
Memulakan kerjaya sebagai Pengawas Kesihatan Awam atau di kenali sebagai Public Health Officer(PHO) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ,setelah menamatkan latihan selama 2 tahun di Pusat Latihan Kesihatan Luar Bandar, Rembau, Negeri Sembilan pada 1957.
Semasa Ayahanda bertugas di Klinik Kesihatan Sg. Mati, kami sekeluarga mendiami quarters yang berada di dalam Klinik tersebut sehinggalah pada tahun 1979 ayahanda membeli rumah di Taman Rozy, Muar dan Ayahanda menamatkan perkhidmatan awam sebagai Pengawas Kesihatan Awam Kanan di Klinik Kesihatan Bakri, Muar pada tahun 1991.
III.ZAMAN MUDA AYAHANDA.
Tugas Ayahanda sebagai Pengawas Kesihatan Awam adalah memastikan semua penduduk-penduduk di kawasan tersebut mengunakan tandas Curah dan memberi ceramah kesihatan kepada penduduk- penduduk berkenaan penjagaan kesihatan diri dan persekitaran rumah.Ayahanda akan bersama-sama buruh kesihatan seperti Abg Talib dan Abg Kassim dan penduduk kampung bergotong royong memberi pendedahan kepada penduduk kampong keadah pengunaan tandas curah dan tandas pam.
Rakan Mesjid
Ayahanda selalu berulang alik menunaikan solat waktu di mesjid Jamek Sg. Mati Diantara rakan- rakan seperjuangan ayahanda adalah arwah cikgu Othman Kecik, arwah cikgu Yusof Kassim, arwah Imam Karim dan arwah Cikgu Kadir.Ayahanda bersama-sama jemaah mesjid Sg.Mati yang mengusahakan mesjid baru untuk qariah Sg. Mati dan selalu berulang alik ke Jabatan Igama Islam Johor untuk memohon sumbangan bagi mendirikan mesjid tersebut.Jawatan ayahanda di mesjid Sg. Mati adalah Bendahari Mesjid.
IV.ZAMAN MEMBESARKAN ANAK-ANAK.
Semasa mendiami quarters di klinik tersebut kami adik beradik sering di bawa ayahanda pulang ke Kg. Tebing Tinggi, Jementah, Segamat bila tiba musim cuti persekolahan. Di musim cuti persekolahan ini juga akan bersamaan musim durian.Segamat memang terkenal dengan durian nya yang enak dan lemak.Kami adik beradik akan bangun seawal 5.00 pagi untuk mengutip durian- durian yang jatuh dan jika sehingga pagi durian tersebut tidak di kutip…alamat akan di kebas orang yang lalu lalang di kawasan tersebut.
Musim Durian
.Durian Segamat memang terkenal seperti Durian Kandang atau dikenali sebagai D 28.Pada musim durian ini juga ramai lah “Saudara Durian” akan bertandang ke rumah atok kami di Kg . Tebing Tinggi untuk merasai durian segamat.Masa tu kami semua masih kecil ada saudara yang masih diingati seperti Keluarga Man Bai penyanyi..dari Johor baru dan Keluarga Pak Andak Allias dari Tg Ipoh NS dan Cikgu Yusof di Berata , Lubuk Batu Segamat dan saudara- saudara di Pogoh dan Paya Pulai, Segamat.
Mandi Sungai
Disana juga kami adik beradik akan ke sungai mandi dan menangkap ikan mengunakan “SUA”. Ayahanda memang mengemari ikan sungai terutamanya Baung dan Selangat.Kami adik beradik bersama atuk akan berperahu hingga ke Batu Badak dan menaiki Bas ke Bandar Segamat.
Pada sebelah malam nya Ayahanda akan membawa kami ke mesjid berdekatan untuk menunaikan solat magrib dan Isyak. Di sini lah Ayahanda memgajar kami hidup bermasyarakat dan saling menghormati antara satu dengan yang lain.
Hari Raya
Sehari sebelum tiba hari lebaran kami adik beradik akan di bawa oleh Ayahanda pulang ke kampung Tebing Tinggi,Segamat dan berkumpullah kami di kampung itu selama 3 mlm dengan ketiadaan eletrik dan menimba air perigi.Bonda selalunya menjadi ketua tukang masak bersama-sama ipar-ipar yang lain untuk meyediakan juadah di pagi hari raya almaklumlah bonda adalah ”Mak Sulung”kepada ipar-ipar yang lain.Makanan kegemaran orang-orang segamat adalah Lepat Pulut bersama rendang.
Menyambut Hari Lebaran tanpa eletrik memang tidak meyeronokan...ye la rumah kami di Sg. Mati ada eletrik.Kami adik beradik tak sabar menunggu hari esok untuk pulang ke Sg. Mati dan menyambut Hari Raya bersama-sama rakan taulan di Sg Mati seperti Adib,murtadza Kadir, shafie Abd. Rahman dan zulkifli Ibrahim...dll
Saudara Mara
Seperti kebiasaan nya pak-pak saudara akan bertanya soalan cepumas kapada kami sekeluarga...Azman dpt no berapa...Hasimah dapat berapa A....dan lain- lain lagi....soalan yang begitu rutin dan membosankan jika tidak dapat menjawab dengan meyakinkan mereka....Biasa la siapa yang meraih banyak A akan mendapat habuan wang hari raya dari pak-pak sedara yang ada..biasanya kwn cuma dapat seringgit sahaja.
Di sini lah semangat persaingan sengit bermula diantara kami bersama-sama saudara mara yang lain.”Keluarga Hj. Munir”memang menjadi idola saya sejak kecil.
Gambar- gambar Hari raya akan di potretkan untuk kenangan bersama.Pesan ayahanda adalah kita bersaudara semasa berada masih kuat di ingatan.
V.ZAMAN BERSARA
Zaman bersara Ayahanda dihabiskan berjemaah di Mesjid Sg. Abong, Muar.Ramai qariah di mesjid itu yang menjadi kenalan rapat beliau seperti Cikgu Samud,Cikgu Jamingan,Cikgu Rahman, Hj Dollah, Hj, Paiman,Hj. Jaafar dll.
Setiap waktu solat ayahanda akan kesana melainkan beliau uzur dsb
.Selain menghabiskan masa pencen dengan bersolat rutin ayahanda adalah berjogging di Tanjung Mas dan di keliling mesjid Sg. Abong bersama-sama bonda tercinta dan meghadiri kelas-kelas agama di rumah Ustaz di Lorong Bahagia Muar, di rumah Cikgu Ismail di Tanjung Mas. Ayahanda juga sering kerumah anak-anak untuk melihat sendiri kehidupan anak-anak nya.
Bila Ayahanda telah tiada jemaah mesjid tidak henti-henti bercerita kebaikan Ayahanda…seperti kata Hj Ishak Bilal ‘Saya pun tak terikut seperti Ayahanda awak yang taat mengerjakan perintah Allah sat dan berzikir’
Sesungguhnya peluang beramal dan berbuat baik itu datang di dalam hidup kita sekali sahaja dan tiada peluang kedua jika kita di timpa sakit.
Kita semua akan terus merindui Ayahanda selama-lamanya………
Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Pakar Hospital Sultanah Fatimah Muar,Pakar Hospital Sultanah Aminah JB,Pakar Hospital Sultan Ismail JB,Doktor di Hospital Kulai , Dr Aziz dari MERCY Malaysia, Dr Ayu dari Mount Elizeberth Singapore dan juga isteri ku Dr Farida Hj. Ali yang sentiasa memberi sokongan moral dan khidmat nasihat sepanjang Ayahanda di rawat di Hospital.
Kepada Bonda tercinta dan semua adik beradik ku…
“Redakan lah pemergian ayahanda ini ..kita adik beradik telah berusaha selama 5 bln merawat ayahanda...akhirnya ayahanda pergi jua...”Semuga roh ayahanda aman di sana dan di tempatkan bersama para solohin.
Di sini saya coretkan SALAM TERAKHIR Ayahanda kepada insan-insan yang ditinggalkan:
Salam Terakhir (Mohd.Yusof Bin Hj. Ismail)
Bismillahirahmanirahim
Dengan nama Allah(sat) yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,kaum keluarga dan sahabat baginda.Alhahdullilah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah sat,pemilik sekalian alam atas limpah kurnianya pada saat dan ketika ini dapat diizinkan menulis salam terakhir buat insan-insan tercinta yang ditinggalkan.Bersabarlah atas perpisahan yang sementara ini,sesunguhnya kematian itu sesuatu yang pasti bagi setiap yang bernyawa.
Khusus buat anak-anak tersayang,Ayahanda nukilkan kembali pesanan Luqman Al hakim ini,semoga menjadi ingatan dan pengajaran buat kalian hingga ke akhir hayat.
”Wahai anak ku, janganlah kamu mempersekutukan Allah(sat), sesungguhnya mempersekutukan Allah(sat) adalah benar-benar kezaliman yang besar.Ingatlah anak-anakku bahawa sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi dan berada dalam batu atau dilangit atau di dalam bumi,nescaya Allah(sat) akan membalasinya.Sesungguhnya Allah(sat) maha halus (meliputi segala sesuatu) lagi maha mengetahui. Hai anak ku,dirikan lah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.Sesungguhnya demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah(sat).Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah(sat)tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga diri”. |
Dari Anakanda Mu
Norazman Bin Hj. Mohd. yusof.
No comments:
Post a Comment