Thursday, December 16, 2010

Sunday, December 5, 2010

WHY???/


DAH LAMA TAK UPDATE BLOG NI. TAK TAHU NAK UPDATE APA. SEMUA DAH SENYAP TAK MACAM DULU LAGI. WHY????

Tuesday, June 22, 2010

UCAPAN TAKZIAH PADA CIKGU AZAM

TAKZIAH KEPADA CIKGU NORAZAM KADIR ATAS PEMERGIAN IBU NYA PADA HARI SELASA 22/6/2010 JAM 9 MALAM. JENAZAH AKAN DIKEBUMIKAN PADA 11 PAGI 23/6/2010.

Thursday, May 6, 2010

OPEN HOUSE 1 MAY 2010

HJH NORASHIDAH BERSAMA SUAMI
DR RASID AND WIFE
RONIZAIN
MAHPOP DAN FAMILI

LEFTENAN KOLONEL NORHSHAMUDDIN AMAD PUN ADA DATANG WALAUPUN DIA SIBUK DENGAN RENOVATION RUMAHNYA DI KG BATU MUDA.
HJH PUZIAH DAN KELUARGA DATANG LEBIH AWAL TAPI MALANGNYA TAK BERGAMBAR


Saturday, April 24, 2010

OPEN HOUSE 1 MAY 2010

ASSALAMUALAIKUM
SAHABAT SEKELIAN> DIJEMPUT HADIR MERAIKAN OPEN HOUSE DI RUMAH SAYA HJ ADIB ABDUL RAHMAN PADA ! MAY 2010 SABTU DI NO 12 JALAN BATU MUDA 17, TAMAN BATU MUDA, BATU CAVES,KUALA LUMPUR.HARAP KEDATANGAN SAHABAT DAPAT MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KAMI

Monday, April 12, 2010

SELAMAT HARI JADI AZMAN


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN KEPADA SDR AZMAN ALI PADA 13 APRIL 2010. SEMOGA DIRAHMATI ALLAH DAN DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPANJANGKAN UMOR.

Friday, April 9, 2010

SELAMAT HARI JADI TOREK


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN KEPADA HJH PUZIAH AHMAD PADA 11 APRIL 2010.SEMOGA BERBAHAGIA DISAMPING KELUARGA DAN DIRAHMATI ALLAH DAN DIPANJANGKAN UMOR DAN DIMURAHKAN REZEKI.

Wednesday, March 31, 2010

Balasungka utk Ayahanda Tersayang Hj. Mohd.Yusof Bin Hj. Ismail




Balasungka utk Ayahanda Tersayang

Hj. Mohd.Yusof Bin Hj. Ismail

(1932-2010)

RIWAYAT HIDUP HJ. MOHD. YUSOF BIN HJ. ISMAIL ( 21/5/1932 - 18/03/2010)

I. KELUARGA

Ayahanda di lahirkan di Kg. Tebing Tinggi, Jementah, Segamat, Johor, sebuah perkampungan yang terletak tidak jauh dari pekan Jementah, Segamat pada 21/5/2010. Ayah beliau bernama Hj.Ismail Bin Abd. Latif dan bonda beliau bernama Hjh Rahmah bt Embong. .Beliau adalah putra sulung kepada pasangan tersebut yangmempunyai seramai 7 orang anak.

Mendapat Pendidikan Aliran Inggeris Di High School Segamat Dan High School Muar hingga Lower Certificate Of Education.

Pada tahun 1958, Ayahanda berkahwin dengan Bonda tercinta Hjh. Hamidah bt. Mohd.Diah, Dari perkahwinan tersebut Ayahanda dan Bonda di kurniakan 7(tujuh) orang anak,. terdiri dari 4 (empat) laki-laki dan 3 (tiga)-perempuan,

iaitu:

1. Norizat bin Hj. Mohd. Yusof

2. Norbiha Bt. Hj. Mohd. Yusof

3. Nordin Bin Hj. Mohd. Yusof

4. Noraishah bt. Hj. Mohd. Yusof

5. Norazman bin Hj. Mohd. Yusof

6. Norhashimah bt. Hj. Mohd. Yusof

7. Norbazlan bin Hj. Mohd. Yusof

II. PENDIDIKAN /KERJAYA

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gemereh,Segamat, Ayahanda melanjutkan pendidikan ke High School Segamat dan menamatkan pengajian hingga ke peringkat Lower Certificate Education di High School Muar.

Memulakan kerjaya sebagai Pengawas Kesihatan Awam atau di kenali sebagai Public Health Officer(PHO) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ,setelah menamatkan latihan selama 2 tahun di Pusat Latihan Kesihatan Luar Bandar, Rembau, Negeri Sembilan pada 1957.

Semasa Ayahanda bertugas di Klinik Kesihatan Sg. Mati, kami sekeluarga mendiami quarters yang berada di dalam Klinik tersebut sehinggalah pada tahun 1979 ayahanda membeli rumah di Taman Rozy, Muar dan Ayahanda menamatkan perkhidmatan awam sebagai Pengawas Kesihatan Awam Kanan di Klinik Kesihatan Bakri, Muar pada tahun 1991.

III.ZAMAN MUDA AYAHANDA.

Tugas Ayahanda sebagai Pengawas Kesihatan Awam adalah memastikan semua penduduk-penduduk di kawasan tersebut mengunakan tandas Curah dan memberi ceramah kesihatan kepada penduduk- penduduk berkenaan penjagaan kesihatan diri dan persekitaran rumah.Ayahanda akan bersama-sama buruh kesihatan seperti Abg Talib dan Abg Kassim dan penduduk kampung bergotong royong memberi pendedahan kepada penduduk kampong keadah pengunaan tandas curah dan tandas pam.

Rakan Mesjid

Ayahanda selalu berulang alik menunaikan solat waktu di mesjid Jamek Sg. Mati Diantara rakan- rakan seperjuangan ayahanda adalah arwah cikgu Othman Kecik, arwah cikgu Yusof Kassim, arwah Imam Karim dan arwah Cikgu Kadir.Ayahanda bersama-sama jemaah mesjid Sg.Mati yang mengusahakan mesjid baru untuk qariah Sg. Mati dan selalu berulang alik ke Jabatan Igama Islam Johor untuk memohon sumbangan bagi mendirikan mesjid tersebut.Jawatan ayahanda di mesjid Sg. Mati adalah Bendahari Mesjid.

IV.ZAMAN MEMBESARKAN ANAK-ANAK.

Semasa mendiami quarters di klinik tersebut kami adik beradik sering di bawa ayahanda pulang ke Kg. Tebing Tinggi, Jementah, Segamat bila tiba musim cuti persekolahan. Di musim cuti persekolahan ini juga akan bersamaan musim durian.Segamat memang terkenal dengan durian nya yang enak dan lemak.Kami adik beradik akan bangun seawal 5.00 pagi untuk mengutip durian- durian yang jatuh dan jika sehingga pagi durian tersebut tidak di kutip…alamat akan di kebas orang yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Musim Durian

.Durian Segamat memang terkenal seperti Durian Kandang atau dikenali sebagai D 28.Pada musim durian ini juga ramai lah “Saudara Durian” akan bertandang ke rumah atok kami di Kg . Tebing Tinggi untuk merasai durian segamat.Masa tu kami semua masih kecil ada saudara yang masih diingati seperti Keluarga Man Bai penyanyi..dari Johor baru dan Keluarga Pak Andak Allias dari Tg Ipoh NS dan Cikgu Yusof di Berata , Lubuk Batu Segamat dan saudara- saudara di Pogoh dan Paya Pulai, Segamat.

Mandi Sungai

Disana juga kami adik beradik akan ke sungai mandi dan menangkap ikan mengunakan “SUA”. Ayahanda memang mengemari ikan sungai terutamanya Baung dan Selangat.Kami adik beradik bersama atuk akan berperahu hingga ke Batu Badak dan menaiki Bas ke Bandar Segamat.

Pada sebelah malam nya Ayahanda akan membawa kami ke mesjid berdekatan untuk menunaikan solat magrib dan Isyak. Di sini lah Ayahanda memgajar kami hidup bermasyarakat dan saling menghormati antara satu dengan yang lain.

Hari Raya

Sehari sebelum tiba hari lebaran kami adik beradik akan di bawa oleh Ayahanda pulang ke kampung Tebing Tinggi,Segamat dan berkumpullah kami di kampung itu selama 3 mlm dengan ketiadaan eletrik dan menimba air perigi.Bonda selalunya menjadi ketua tukang masak bersama-sama ipar-ipar yang lain untuk meyediakan juadah di pagi hari raya almaklumlah bonda adalah ”Mak Sulung”kepada ipar-ipar yang lain.Makanan kegemaran orang-orang segamat adalah Lepat Pulut bersama rendang.

Menyambut Hari Lebaran tanpa eletrik memang tidak meyeronokan...ye la rumah kami di Sg. Mati ada eletrik.Kami adik beradik tak sabar menunggu hari esok untuk pulang ke Sg. Mati dan menyambut Hari Raya bersama-sama rakan taulan di Sg Mati seperti Adib,murtadza Kadir, shafie Abd. Rahman dan zulkifli Ibrahim...dll

Saudara Mara

Seperti kebiasaan nya pak-pak saudara akan bertanya soalan cepumas kapada kami sekeluarga...Azman dpt no berapa...Hasimah dapat berapa A....dan lain- lain lagi....soalan yang begitu rutin dan membosankan jika tidak dapat menjawab dengan meyakinkan mereka....Biasa la siapa yang meraih banyak A akan mendapat habuan wang hari raya dari pak-pak sedara yang ada..biasanya kwn cuma dapat seringgit sahaja.

Di sini lah semangat persaingan sengit bermula diantara kami bersama-sama saudara mara yang lain.”Keluarga Hj. Munir”memang menjadi idola saya sejak kecil.

Gambar- gambar Hari raya akan di potretkan untuk kenangan bersama.Pesan ayahanda adalah kita bersaudara semasa berada masih kuat di ingatan.

V.ZAMAN BERSARA

Zaman bersara Ayahanda dihabiskan berjemaah di Mesjid Sg. Abong, Muar.Ramai qariah di mesjid itu yang menjadi kenalan rapat beliau seperti Cikgu Samud,Cikgu Jamingan,Cikgu Rahman, Hj Dollah, Hj, Paiman,Hj. Jaafar dll.

Setiap waktu solat ayahanda akan kesana melainkan beliau uzur dsb

.Selain menghabiskan masa pencen dengan bersolat rutin ayahanda adalah berjogging di Tanjung Mas dan di keliling mesjid Sg. Abong bersama-sama bonda tercinta dan meghadiri kelas-kelas agama di rumah Ustaz di Lorong Bahagia Muar, di rumah Cikgu Ismail di Tanjung Mas. Ayahanda juga sering kerumah anak-anak untuk melihat sendiri kehidupan anak-anak nya.

Bila Ayahanda telah tiada jemaah mesjid tidak henti-henti bercerita kebaikan Ayahanda…seperti kata Hj Ishak Bilal ‘Saya pun tak terikut seperti Ayahanda awak yang taat mengerjakan perintah Allah sat dan berzikir’

Sesungguhnya peluang beramal dan berbuat baik itu datang di dalam hidup kita sekali sahaja dan tiada peluang kedua jika kita di timpa sakit.

Kita semua akan terus merindui Ayahanda selama-lamanya………

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Pakar Hospital Sultanah Fatimah Muar,Pakar Hospital Sultanah Aminah JB,Pakar Hospital Sultan Ismail JB,Doktor di Hospital Kulai , Dr Aziz dari MERCY Malaysia, Dr Ayu dari Mount Elizeberth Singapore dan juga isteri ku Dr Farida Hj. Ali yang sentiasa memberi sokongan moral dan khidmat nasihat sepanjang Ayahanda di rawat di Hospital.

Kepada Bonda tercinta dan semua adik beradik ku…

“Redakan lah pemergian ayahanda ini ..kita adik beradik telah berusaha selama 5 bln merawat ayahanda...akhirnya ayahanda pergi jua...”Semuga roh ayahanda aman di sana dan di tempatkan bersama para solohin.

Di sini saya coretkan SALAM TERAKHIR Ayahanda kepada insan-insan yang ditinggalkan:

Salam Terakhir (Mohd.Yusof Bin Hj. Ismail)

Bismillahirahmanirahim

Dengan nama Allah(sat) yang maha pemurah lagi maha mengasihani

Selawat dan Salam atas junjungan besar Nabi Muhammad saw,kaum keluarga dan sahabat baginda.Alhahdullilah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah sat,pemilik sekalian alam atas limpah kurnianya pada saat dan ketika ini dapat diizinkan menulis salam terakhir buat insan-insan tercinta yang ditinggalkan.Bersabarlah atas perpisahan yang sementara ini,sesunguhnya kematian itu sesuatu yang pasti bagi setiap yang bernyawa.

Khusus buat anak-anak tersayang,Ayahanda nukilkan kembali pesanan Luqman Al hakim ini,semoga menjadi ingatan dan pengajaran buat kalian hingga ke akhir hayat.

”Wahai anak ku, janganlah kamu mempersekutukan Allah(sat), sesungguhnya mempersekutukan Allah(sat) adalah benar-benar kezaliman yang besar.Ingatlah anak-anakku bahawa sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi dan berada dalam batu atau dilangit atau di dalam bumi,nescaya Allah(sat) akan membalasinya.Sesungguhnya Allah(sat) maha halus (meliputi segala sesuatu) lagi maha mengetahui.

Hai anak ku,dirikan lah solat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.Sesungguhnya demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan oleh Allah(sat).Janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah(sat)tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membangga diri”.

Dari Anakanda Mu

Norazman Bin Hj. Mohd. yusof.

Sunday, March 28, 2010

SELAMAT HARI JADI MAN YUSOFF


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN KEPADA NORAZMAN YUSOFF PADA 29/3/2010 DEBGAN UCAPAN SELAMAT DUNIA AKHIRAT, PANJANG UMUR,MURAH REZEKI DAN TABAH DALAM KEHIDUPAN.

Thursday, March 25, 2010

SELAMAT HARI JADI RONI DAN EBOK





SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN PADA 26/3/2010 KEPADA RONIZAIN ISMAIL DAN AZAHARI SALLEH. SEMUGA KEDUA-DUA MEREKA DIRAHMATI ALLAH DAN DIPANJANGKAN USIA DAN DIMURAHKAN REZEKI.

Saturday, March 13, 2010

SELAMAT HARI JADI AMIK


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN KEPADA PUAN JAMIAH JAFFAR PADA 14/3/2010. DIDOAKAN AGAR SENTIASA BAHAGIA DISAMPING KELUARGA DAN DIPANJANGKAN UMOR, DIMURAHKAN REZEKI DAN DIREDHAI ILAHI

Thursday, February 25, 2010

SELAMAT HARI JADI IPIN


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN KEPADA CIKGU ZAINALARIFIN ABD KADIR PADA 26/2/2010. DIDOAKAN SEMOGA SENTIASA DIRAHMATI ALLAH,DI PANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.

Sunday, February 14, 2010

SELAMAT HARI JADI ZAHIM


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN PADA 15/2/2010 KEPADA YAB HUZAHIM HJ ZAABA . SEMOGA BERBAHAGIA DAN DIRAHMATI ALLAH DAN DIMURAHKAN REZEKI DAN DI PANJANGKAN UMUR

Thursday, February 4, 2010

Letterhead Kobasa Part 2


CONTOH 3A


CONTOH 3B
PILIH YG MANA SATU.

LETTERHEAD KOBASA






contoh 1
Contoh 2
Contoh 3

KAU ORANG TOLONGLAH BAGI IDEA LETTERHEAD KITA NI. ATAU PILIH SALAH SATU DARI YANG DIATAS YANG SAYA DAH EDIT DARI LOGO ORIGINAL (azman ali)

Tuesday, February 2, 2010

SELAMAT HARI JADI ROHANA


SELAMAT MENYAMBUT HARI KELAHIRAN KEPADA CIKGU ROHANA ATAN PADA 3/2/2010. SEMOGA DIPANJANGKAN UMOR DAN DIMURAHKAN REZEKI DAN DILIMPAHI RAHMAT DARI ILAHI.

Monday, February 1, 2010

SELAMAT HARI JADI AZAM


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN KEPADA CIKGU NOOR AZAM BIN A KADIR PADA 2 FEBRUARI 2010. UCAPAN DARI KAMI SEMOGA PANJANG UMOR DAN MURAH REZEKI DAN DIRAHMATI ALLAH.

Saturday, January 30, 2010

Wednesday, January 27, 2010

SELAMAT HARI JADI FARIDAH


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN PADA 28/1/2010 KEPADA HJH FARIDAH YUSOF. SEMOGA PANJANG UNOR DAN MUARH REZEKI.

SELAMAT HARI JADI PUZIYAH


SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN PADA 27/1/2010 KEPADA PUZIYAH HJ AHMAD. SEMOGA BERBAHAGIA DISAMPING SUAMI TERCINTA DAN DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPANJANGKAN UMOR.

Monday, January 25, 2010

TAKZIAH KEPADA CIKGU NORLINDA KASSIM

ALFATIHAH
SUAMI KEPADA CIKGU NORLINDA KASSIM IAITU ALLAHYARHAM CIKGU ROSSAM BIN OTHMAN TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH PADA MINGGU LEPAS KERANA SERANGAN JANTUNG. BELIAU MENINGGALKAN 3 ORANG ANAK NORARFAH -16THN,AHMAD LUQMAN-13THN DAN NORAFIQAH-11THN. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEATAS ROHNYA DAN DIMASUKKAN KE DALAM GOLONGAN PARA SOLEHIN. AMIN

Sunday, January 24, 2010

MESYUARAT AHLI LEMBAGA

TARIKH 23 JANUARI 2010
MASA 3PTG HINGGA 7 PTG
DI RUMAH AZMAN ALI DI SEROM 3

KEHADIRAN
AZMAN ALI
ADIB ABD RAHMAN
RONIZAIN ISMAIL
JAILANI MUSTAFFA
NORAZMAN YUSOF
NORASHIDAH MD. NOR
JAMI'AH JAAFAR

TIDAK HADIR
NOORAZAM KADIR
PUZIAH AHMAD
MOHAILEE AHMAD
ADNAN RAZAK
HUZAHIM ZAABA

PEMERHATI
ABD RAHIM SKM
MURAD MUSA
MOHAMMAD ABD RAHMAN

AGENDA
Pemilihan Pengerusi sementara:
Sdr. Ronizain mencadangkan sdr. Norazman Yusof sebagai pengerusi sementara dan si sokong sdri jamiah

Perlantikan barisan pemimpin
1. pengerusi -Sdr Adib Abd rahman
2.timbalan pengerusi Sdri Puziah Ahmad
3.Setiausaha- Sdr Azman Ali
4. Penolong Setiausaha- Sdri Norashidah Md Nor
5. Bendahari- Jailani Mustaffa
Biro Perniagaan- jamiah,Ronizain,Norazman,Huzahim,Adnan
Biro Kebajikan - Mohailee, Norazam

Bank Islam telah dipilih untuk bank akaun semasa dan signatory dari pengerusi,timbalan pengerusi dan bendahari.

Audit dalaman _ Maria Ahmad

perkara Berbangkit
1. Logo Kobasa 30/1/2010
2. Carta organisasi 90/1/2010
3.Buka akaun di bank islam sebelum 5/2/2010
4.siapa yg beminat untuk perlaburan awal diminta menjelaskan wang sebelum 1/3/2010

penerangan dari sdr rahim
1.after 18 bulan boleh minta pinjaman dari koperasi
2. Mesyuarat Agung tahunan setahun sekali
3.ahli lembaga pengarah meeting 4 kali setahun
4.Next Mesyuarat agung tahunan sebelum 2011
5. Audit SKM 2 bulan selepas tarikh tamat kewangan
6.Audit dalaman sebelum mesyuarat agung tahunan.

Beberapa cadangan projek telah dibincangkan oleh pihak biro perniagaan dan mesyuarat bersetuju untuk memulakan projek seberapa segera. Sdr Azman Ali diminta menyediakan Sticker Kobasa sebelum 24/4/2010

Next meeting 24/4/2010 di rumah sdr adib di Taman Batu Muda Batu Caves Kuala Lumpur























ALHAMDULILLAH.